| Mimpi dan terbau mereka yang telah meninggal |
|
Soalan Baru-baru ini ibu saya meninggal dunia. Selang beberapa hari, saya bermimpi berjumpa ibu. Saya meminta maaf kepadanya dan dia memaafkan saya. Bolehkah kita bermimpi berjumpa dengan seseorang yang sudah meninggal dunia? Kemudian adik beradik saya menceritakan mereka terhidu ibu dan merasai kehadirannya. Ini berlaku sekali pun masing-masing berada di universiti yang berbeza, jauh dari kampung. Bolehkah roh orang yang meninggal dunia datang menziarahi orang yang hidup?
Penjelasan: Dua soalan di atas termasuk dalam kategori perkara ghaib dan manhaj kita sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam perkara ghaib adalah diam melainkan terdapat dalil sahih yang membicarakannya. Jika terdapat dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka kita beriman kepadanya tanpa menambah, mengurang atau mentakwilkannya. Terhadap soalan pertama, di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat 42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas. Walaubagaimana pun, apabila seseorang itu bermimpi menemui orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dia bezakan sama ada yang ditemui adalah orang yang dimaksudkan atau syaitan yang menjelma sebagai orang yang dimaksudkan. Ini kerana lazim berlaku seseorang itu bermimpi menemui seseorang, khasnya orang salih, padahal ia hanyalah jelmaan syaitan. Cara membezakan ialah mengukur pesanan orang yang ditemui dalam mimpi, adakah ia selari dengan al-Qur’an dan sunnah yang sahih atau menyelisihinya. Jika orang yang ditemui berpesan kepadanya untuk bangun mendirikan Solat Witir, maka itu bukanlah syaitan. Sebaliknya jika dia berpesan untuk membaca surah al-Fatihah untuk 1000 kali, maka itu adalah syaitan. Di sini bukti syaitaniyah bukanlah pada membaca surah al-Fatihah, tetapi pada mengulanginya dengan jumlah tertentu. Ukuran ini hendaklah dilakukan terus-menerus. Ini kerana syaitan amat bijak dalam menyusun strategi. Untuk beberapa mimpi yang pertama, ia berpesan kepada sesuatu yang selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Apabila ia melihat kita yakin bahawa yang ditemui selama ini dalam mimpi adalah orang salih, maka barulah ia berpesan kepada sesuatu yang menyelisihi al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Terhadap soalan kedua, roh yang sudah meninggal dunia akan tetap di alam barzakh dan dia tidak dapat kembali ke alam dunia. Allah berfirman, maksudnya: “Kesudahan golongan itu, apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: ‘Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia), supaya aku mengerjakan amal-amal yang salih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.’ Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada Alam Barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula.” [al-Mukminun, ayat 99-100] Apabila dikatakan terhidu dan terasa kehadiran orang yang meninggal dunia, maka terdapat dua kemungkinan. Pertama, ia hanya kesan psikologi kerana rindu kepada orang yang dikasihi yang telah pergi. Kedua, ia adalah salah satu strategi syaitan untuk merosakkan aqidah. Apabila “terhidu dan terasa” kehadiran orang yang sudah meninggal dunia, akan timbul tanda tanya, kenapa sedemikian? Kepercayaan masyarakat, termasuk sebahagian para agamawan, akan menjawab: “Rohnya tergantung antara alam dunia dan alam barzakh! Kamu perlu melakukan amalan tertentu untuk membebaskannya.” Maka mulalah kita melakukan zikir, selawat, yasinan, korban dan pelbagai lagi untuk membebaskan roh yang disangka tergantung antara dua alam tersebut. Akhirnya berjayalah syaitan untuk merosakkan aqidah umat Islam kerana kita melakukan ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana kepercayaan kurafat. Ingat! Syaitan tidak menyesatkan manusia dengan mengajak kepada apa yang jelas diketahui salah. Tetapi ia mengajak kepada sesuatu yang disangkakan betul tetapi sebenarnya salah. |
| Berubat Dengan Bomoh Siam. | |
|
Soalan: Bolehkah saya berubat dengan bomoh Siam untuk gangguan sihir yang saya hadapi? Noraini, Masai, Johor. Jawapan: Menggunakan sihir, sama ada untuk menyihir seseorang atau mengubati orang yang disihir hukumnya haram dan kafir. Ini kerana penggunaan sihir oleh semua pihak untuk apa jua tujuan hukumnya kafir sebagaimana firman Allah: Padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya). [al-Baqarah 2:102]
Ketahuilah sama ada menjadi atau tidak sesuatu buatan sihir, ia adalah kerana izin Allah: Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorangpun melainkan dengan izin Allah. [al-Baqarah 2:102] Demikianlah juga, apabila Allah mengizinkan – dengan sebab hikmah dan ujian yang diinginkan-Nya – perbuatan sihir menjadi ke atas diri anda, hendaklah anda memohon kepada Allah untuk menghilangkan perbuatan sihir tersebut.
Apa jua cara pengubatan tidak akan bermanfaat jika anda sendiri tidak memiliki aqidah yang benar tentang Allah dan tidak melazimkan diri dengan kehidupan yang diredhai oleh Allah. Oleh itu berubatlah dengan orang yang menghubungkan anda dengan Allah, membetulkan aqidah anda kepada Allah dan menjadikan setiap saat kehidupan anda hampir kepada Allah |
| Takut Untuk Berkahwin. |
| Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah | |
| Soalan:
Alam rumahtangga abang dan kakak saya kerap kali dilanda pergaduhan dan kesedihan, demikian juga di kalangan saudara-mara saya. Di antaranya ada yang berakhir dengan penceraian atau di ambang penceraian. Semua ini menyebabkan saya takut dan ragu-ragu untuk berkahwin. Apakah yang patut saya buat?
Jawapan: Kenyataan di atas memang benar, namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk takut berkahwin. Sebaliknya hendaklah diteruskan hajat berkahwin dengan keazaman untuk menjadikan alam rumahtangga anda lebih baik berbanding selainnya. Pada pengamatan saya, banyak pasangan berkahwin tanpa fokus yang cukup berkenaan alam perkahwinan. Bagi mereka fokus perkahwinan hanya ditumpukan kepada hari perkahwinan sementara apa yang berlaku selepas itu dibiarkan sahaja, hanyut dalam mengikut arus kehidupan. Segala perancangan, kreativiti dan semangat dicurahkan kepada kebahagiaan sehari sementara ribuan hari selepas itu diabaikan. Maka hendaklah anda dan bakal pasangan anda mengubah kesalahan ini dengan tetap memberi fokus kepada membahagiakan hari-hari selepas hari perkahwinan. Faktor kedua, banyak pasangan yang tidak mencari ilmu berkenaan alam rumahtangga. Mereka menyangkakan ia adalah sesuatu yang fitrah dan boleh ditempuh secara mudah. Oleh itu ada yang yang berpendidikan hingga ke tahap Master dan PhDtetapi pendidikan mereka berkenaan alam rumahtangga tetap di bangku tadika. Mereka mencari ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya sementara ilmu rumahtangga tidak disentuh. Sepatutnya ilmu rumahtangga perlu dicari dengan lebih gigih kerana kebahagiaan di rumah akan menghasilkan kecemerlangan di tempat kerja jua. Terakhir, pergaduhan adalah sesuatu yang lumrah dalam alam rumahtangga. Sayang sekali, ramai yang sekadar ingin melupakan pergaduhan dan berharap ia tidak akan berulang. Sikap yang benar ialah tidak melupakan pergaduhan, sebaliknya hendaklah diingati dengan objektif mengkaji sebab-sebab ia berlaku dan bagaimana untuk mengelaknya dari berulang lagi. |
| Tanya hukuman murtad |
| Ditulis oleh Admin | |
| — In fikrah@yahoogroups.com, Tok Janggut wrote: Assalamualaikum
Pertanyaan mengenai hukuman murtad. Apakah procedure hukuman murtad? Apakah hanya yg menentang akan dibunuh tetapi yg murtad tidak menentang tidak akan dibunuh? Minta pandangan dari ulama mazhab dan yg lain2nya kalau ada. Di dahulukan dgn ucapan terima kasih. Jawapan (oleh Salafi2Sunnah): wsm 1. Hukum murtad Ia salah satu hukum jinayah Islam yg jika thabit, dikenakan hukum had. Dalil: b. Hadis-hadis. i) Jalur Ibn Abbas ra, “Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia.” (HR alJama’ah kecuali* Muslim) {Ruj: Nailool Author: 8/2; Majma’ azZawaid: 6/261} * alJama’ah = 7 Imam hadis yg muktabar: Bukhari – Muslim – Ahmad – Abu Daud- Ibn Majah – anNasa’iy – atTermidzi ii) Jalur Ibn Mas’ood r.a., “Tidak halal darah muslim yg bersyahadah kecuali: (yang) membunuh manusia dgn sengaja, janda/duda yg berzina dan yang meninggalkan agamanya dan berpisah dgn jama’ah (ummah).” iii) Jalur Ibn Abbas,Abu Hurayra, Anas r.a., “Tidak halal darah seorang yg mengucap syahadah) kecuali seorang lelaki yg kufur 2. Jinayah Murtad mandatori Bunuh? a. Ianya ijma’ menurut Ibn Rajab alhanbali (Jami’ alUlum wal Hikam, syarah hadis no 14, tahqeeq Syu’aib alArnauth) b. Jumhur (majoriti) menurut catatan Ibn Hazm (alMuhalla:11/227); arRimli, alNihayah: 7/299), namun Jumhur ini merangkumi empat madzhab Mega. Prosedur jenayah murtad 3. Takrifan hukum bunuh Jumhur berpendapat semua wajib dibunuh (tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kecuali Hanafi (alBada’iy :7/135) yang menetapkan wanita tidak dibunuh kerana memadai dengan penjara sehingga dia taubat. Imam-Imam Salafi (Syaikhul Islam IT, asSyarim alMaslul, Tahqeeq Muhyiddin Abd Hamid, ms 368) menetapkan hukuman bunuh dikenakan kepada jenayah murtad diklasifikasikan kpd dua jenis: a. murtad yg senyap dan personal
4. Bentuk Hukuman mati: Khalifah Ali bin Abu Talib ra ialah dibakar jika thabit (Nailool Author: Jld Fiqh Ibn Abbas r.a. tidak boleh dibakar kerana bertentangan dgn perintah nabi s.a.w. yang menegah di azab dengan azab Allah (api neraka) Komentar Dr Qardhawi: jenis dan cara membunuh pesalah murtad bukan perinsip cuma teknikal (furu’iyah) 5. Prosedur jinayah murtad: Teknik tarbiyah dan saikologi supaya bertaubat diutamakan oleh jumhur.
b. Menyuruh taubat bukan wajib cuma mustahab (baik dilakukan)..sebahagian Syafi’iyah dan sebahagian hanbaliah (asSyirazi, alMuhadzhab: 2/222) c. Fuqaha’ muttakhir Sekian…. |
| Hukum Sihir |
|
Soalan
Jawapan: Berkenaan sihir, Allah SWT berfirman: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikutajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masapemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihirdan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelahmereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (denganmempelajarinya).” [Surah al-Baqarah, ayat 102] Berdasarkan ayat di atas dapatdifahami bahawa sihir ialah permainan syaitan. Sihir bermaksud sesuatu yangtersembunyi. Cara sihir berfungsi ialah bomoh terbabit memiliki syaitan yangdipeliharanya, dan syaitan itulah yang melaksanakan “sihir” yang diperintahkanoleh bomoh. Sebagai balasan bomoh akan memberikan sesuatu kepada syaitanpeliharaannya itu, lazimnya melibatkan apa yang membawa hukum kafir kepadabomoh terbabit. Antara yang lazim ialah buang air kecil dan air besar di atasmushaf al-Qur’an, memaki hamun Rasulullah SAW, menyembelih haiwan di atas namasyaitan dan bersolat sambil menghadap tengkorak, najis dan sebagainya. Tidak asing, orang yang datangmengupah bomoh juga diminta melakukan perkara-perkara di atas sehingga dia jugaturut menjadi kafir. Semua ini berlaku secara “tersembunyi dan tersorok”,sehingga dengan itu ia digelar sebagai “sihir”. Oleh itu sihir, sama ada ringanada berat, dengan apa jua alasan, tetap membawa hukum kafir kepada pelakunya(tukang sihir/bomoh) dan pemintanya (orang yang pergi jumpa tukangsihir/bomoh). Pengubat sihir juga boleh menjadikafir, jika dia mengubati sihir dengan sihir. Sebaliknya jika dia ubati sihirdengan nasihat kepada mangsa agar takut serta yakin kepada Allah dan bukankepada sihir, dengan cara mencari dan membasmi agen-agen sihir, maka semua iniadalah cara pengubatan Islam yang tidak membawa hukum kafir. Walaubagaimanapun, janganlah pula seseorangitu dengan mudah menghukum kafir atau murtad kepada orang yang berjumpa bomohatas tujuan sihir. Sebaliknya siasatlah secara adil dan jika nyata ia sihir,maka berilah penjelasan yang hikmah dan hujah yang meyakinkan agar orang itumenjauhi sihir. Jangan mudah mengkafirkan orang lain, dibimbangi hukum kafiritu kembali kepada orang yang mengkafirkan. |
| Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? |
|
Soalan: Sima, Kuala Kubu Baharu, Selangor.
Jawapan: Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya. Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama. |
| Menguap |
|
Biasa disebut, bahawa Islam adalah agama yang lengkap lagi terperinci. Ini sememangnya satu kebenaran. Jika kita mengkaji Islam secara keseluruhan, akan kita temui bahawa Islam mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Ia bukan agama ibadah sekadar sembahyang dan zikir, tetapi agama yang turut meliputi ekonomi, sosial, politik, peperangan dan sebagainya. Menyentuh tentang kehidupan, dua aspek yang turut dicakupi oleh Islam ialah adab ketika menguap dan bersin. Iyya! Dua perkara yang lazim berlaku kepada kita, tanpa disedari telah digariskan oleh Islam adab-adabnya. Dalam ruangan bulan ini, saya ingin berkongsi bersama para pembaca yang budiman sekalian adab ketika menguap dan bersin. Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223] Adab Menguap Berdasarkan hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan. Jika hendak dibandingkan dengan bersin, menguap adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t.. Sebabnya, menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur. Oleh kerana itulah, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) dalam kitabnya Fath al-Bari (jld. 10, ms. 628) mengemukakan sebuah riwayat dari para sahabat yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menguap sama sekali. Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka adab yang pertama ialah jangan mengeluarkan sebarang bunyi. Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap. Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah: “Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289] Adab kedua jika terpaksa menguap ialah menutup mulut dengan tangan. Jangan membiarkan mulut ternganga sehingga jelas ternampak “intan dan berlian” yang melekat di celah-celah gigi. Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” [Shahih Muslim, hadis no: 2995]
Adab Bersin Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis yang pertama di atas. Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari. Mengingatkan banyak kebaikan bersin, ditambahi dengan faktor bahawa ia adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, seeorang itu dituntut untuk memuji Allah ketika bersin. Bacaan pujian tersebut ialah “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” yang bermaksud “Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu”. Pernah seorang lelaki bersin ketika berada di tepi Abdullah bin ‘Umar al-Khattab. Lalu lelaki tersebut berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” Berkata Abdullah bin ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., (sebaliknya) baginda mengajar kami berdoa: Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738]. Seterusnya, apabila kita mendengar saudara kita yang bersin memuji Allah, hendaklah kita mendoakannya dengan berkata: “YarhamukalLah” yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian bagi yang bersin, dia mendoakan kembali orang yang mendoakannya tadi dengan berkata: “YaghfirulLahu lana wa Lakum” yang bermaksud: “Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian”. [Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 686] Hikmah di sebalik semua ini ialah terjalinnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam. Apabila kita mendoakan saudara kita yang bersin, dia akan merasa senang dengan kita. Seterusnya apabila dia mendoakan kita pula, kita pula akan merasa senang kepadanya. Hingga akhirnya terjalinlah ikatan ukhuwah dan kasih sayang semata-mata kerana bersin. Seandainya orang yang bersin tidak memuji Allah, kita tidak dituntut mendoakannya. Pernah dua orang bersin berdekatan Rasulullah s.a.w., lalu baginda mendoakan seorang dan membiarkan seorang yang lain. Orang yang dibiarkan itu bertanya, mengapa baginda tidak mendoakannya? Baginda menjawab: “Orang itu memuji Allah (setelah bersin) manakala kamu tidak memuji Allah (setelah bersin).” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6225] Adab terakhir ketika bersin ialah menutup mulut dan hidung dengan tangan atau kain. Pada waktu yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara. Jangan bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 5029] |
| Membayar hutang kepada simati |
|
Soalan: Azizah, Bentong, Pahang. Jawapan: Hutang itu dibayar kepada waris pemiutang, di mana waris akan membahagikannya kepada ahli-ahli waris yang lain mengikut kaedah faraid. Jika pemiutang tidak dapat dikesan, maka hukumnya umpama barang temuan, iaitu diumumkan selama setahun. Jika selepas setahun tidak ada penuntutnya, maka hutang itu digunakan untuk manfaat masyarakat setempat. |
| Hubungan Ketika Bertunang. |
|
Soalan : Apakah batas hubungan setelah bertunang? Tunang saya kerap kali mengajak saya ke arah maksiat dengan alasan kami akan berkahwin tidak lama lagi. Dia juga akan berjanji akan bertanggungjawab ke atas saya. Harap dapat diberikan nasihat dalam persoalan ini. Nellyn, Johor Bahru, Johor.
Jawapan: Pertunangan hanyalah perjanjian untuk bernikah pada satu tarikh tertentu, ia tidak menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita. Justeru batas hubungan setelah bertunang tetap sama seperti sebelum bertunang, iaitu tidak boleh bersentuhan, berdua-duaan (dating) mahupun bersembang manja. Jika tunang anda tidak memerhatikan hukum-hukum agama, maka dia menunjukkan tanda-tanda awal suami yang tidak shalih. Peringatkan dia akan hal ini dan tunjukkan ketegasan anda. Jika dia masih berdegil, putuskan pertunangan anda dengan dia. Jangan mengalah kepada pujukan atau janjinya kerana sudah ramai wanita lain yang menjadi mangsa akibat janji manis tunang mereka. |
| Jamak Solat Kerana Belajar. |
|
Soalan: Sayaseorang pelajar IPTA yang sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk mendirikansolat dalam waktunya. Bolehkah saya mendirikan solat Zohor dalam waktu Asar dansebaliknya? Ani, Kelantan. Jawapan: Solathendaklah didirikan dalam waktu yang ditetapkan. Namun jika menghadapi kesukaranumpama kesibukan belajar, kesibukan bekerja, tersangkut dalam kesesakan lalulintas, keletihan, sakit dan sebab-sebab lain yang munasabah, dibolehkanmenjamakkannya. Iaitu mendirikan solat Zohor bersama solat Asar (4+4=8 rakaat)dalam waktu Zohor (jamak taqdim) atau mendirikan solat Zohor bersamasolat Asar (4+4=8 rakaat) dalam waktu Asar (jamak takhir). Solatdidirikan dalam bentuk yang sempurna (4 rakaat) dan bukan qasar (2 rakaat).Qasar hanya dibolehkan ketika musafir. Rasulullah SAWsendiri pernah menjamakkan solat Zohor dan Asar serta menjamakkan solat Maghribdan Isyak di Madinah tanpa dalam suasana ketakutan atau musafir. Ini bagimenunjukkan kemudahan Islam kepada umatnya [Shahih Muslim, no: 705] |
